Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Selepas Tertelan Bateri

2 Jan 2016
No Comment

OKLAHOMA: Sebuah keluarga yang sepatutnya meraikan cuti Krismas mereka dengan kegembiraan nampaknya bertukar kepada saat yang memilukan apabila anak perempuan mereka berumur dua tahun meninggal dunia akibat tertelan bateri kecil.

Kanak-kanak berkenaan, Briana Flores dilaporkan telah jatuh sakit sehari selepas dia membuka hadiah yang diperikan di rumah datuknya pada Boxing Day.

Datuknya, Kent Vice berkata, cucunya itu telah dikejarkan ke hospital Oklahoma selepas kulitnya keadaan kulit wajahnya bertukar kepasa kebiru-biruan serta muntah darah.

"Pada Sabtu, beliau dalam keadaan baik. Ia adalah sambutan Hari Natal yang sempurna," katanya.


Selepas menjalankan pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa terdapat sebiji bateri kecil sebesar butang baju di dalam perut Flores menyebabkan kanak-kanak malang itu terus dihantar ke hospital lain untuk menjalani pembedahan. Vice kemudian memberitahu akhbar itu:

"Mereka buat pembedahan selama dua jam setengah, tetapi doktor gagal menghentikan pendarahannya. 

"Mereka (doktor) percaya asid bateri itu memasuki arteri karotid (saluran darah) dan kemudiannya esofagus (saluran yang menghubungkan tekak dan perut)... Kami tidak tahu bila dia menelan bateri itu," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "