Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Doktor Luah Rasa Kecewa Dipanggil Ke**** Oleh Mangsa Kemalangan Yang Ingin Dibantunya

3 Jan 2016


Kerana terbawa dengan sikap perkauman, seorang lelaki tua yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya enggan disentuh dan dirawat oleh seorang doktor wanita, hanya kerana berbangsa India.

Perkara ini dikongsikan oleh doktor wanita berkenaan, Shalini Paramaswaran menerusi posting di Facebooknya pada 30 Disember lalu, yang nyata kecewa dengan sikap individu itu.


Dr Shalini memaklumkan, ketika sedang memandu selepas tamat waktu bekerja, beliau ternampak satu kemalangan yang membabitkan lelaki tua tersebut yang menaiki motorsikal ketikan cuba membuat pusingan-U.

Beliau bergegas mahu membantu mangsa, namun niat sucinya itu ditolak oleh mangsa kerana bangsanya, dan dalam masa yang sama menyebut perkataan 'ke****', yang merupakan satu istilah yang menghina seseorang yang berasal dari India.

Tersentak dengan kata-kata itu, Dr Shalini segera ke tepi dan menghubungi ambulans supaya bantuan masih dapat diberikan kepada lelaki itu.

Apabila pihak paramedik sampai untuk memberikan bantuan dan memanggilnya dengan panggilan Doktor, lelaki itu dengan tidak semena-mena terus berpaling kepada Dr Shalini sambil memberikan kebenaran untuk menyentuhnya.

"Saya tak tahu anda seorang doktor. Kalau doktor boleh sentuh.

Dr Shalini seolah-olah kesal dengan kejadian tersebut dan berkata;

"Sebelum mengenali saya sebagai seorang doktor, saya adalah seorang 'Ke****' yang menjijikkan, sekaligus tidak boleh menyentuh dia.

"Tetapi apabila kenal saya seorang doktor, dia berikan saya senyuman dan meminta maaf. Penyakit mentaliti di kalangan sesetengah orang," tulisnya

Postingnya mendapat perkongsian lebih dari 3,000 di Facebook yang rata-rata kesal dengan sikap lelaki itu. -Siakapkeli.my










Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "