Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk Seri Vida Kata KAFA Setuju Dengan Dua Syarat Yang Ditetapkan Qu Puteh

3 Jan 2016



Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memaklumkan bahawa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju dengan dua syarat yang dikenakan untuk menaja pasukan bola sepak negeri itu.

Memetik mStar, perkara itu dimaklumkan kepada Datuk Seri Vida melalui Presiden KAFA, Tan Sri Annua Musa melalui aplikasi Whatsapp.

Annuar kini berada di Makkah untuk mengerjakan umrah.

"Saya ada terima mesej daripada Presiden Kafa menerusi WhatApp awal pagi tadi (Sabtu). Mesej itu menyatakan (Kafa) bersetuju dengan dua syarat itu," katanya.

Bagaimanapun, Dr Vida tidak mendedahkan secara terperinci mengenai perjanjian tajaan itu.

"I will go with the flow. Sekarang cuma tunggu surat (rasmi) persetujuan (terima tajaan) daripada Kafa," katanya sambil enggan mendedahkan lebih lanjut perincian perjanjian itu.

Manakala KAFA dikatakan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hal tersebut pada hari ini.

Sementara itu Datuk Seri Vida memaklumkan tidak ambil kisah dengan kritikan ramai pihak terhadap syarat-syarat yang dikenakannya terhadap persatuan itu.



Begitu juga gambar-gambar stadium dan jersi The Red Warriors yang diviralkan dengan bewarna merah jambu, wanita tersebut juga enggan melatah.

"Bila saya tengok gambar kerusi stadium dan jersi yang diviralkan cantik pula. Tapi tak adalah sampai saya nak ubah bendera jadi warna merah jambu," katanya. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "