Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ahmad Maslan Tampil Dengan 'Formula PKPK' Untuk Rakyat Tambah Pendapatan

3 Jan 2016



Selepas menerima kritikan daripada rakyat Malaysia berkenaan isu dua kerja, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan sekali lagi tampil dengan idea baru, dikenali sebagai 'formula PKPK'.

Formula PKPK adalah pendidikan, kemahiran, produktiviti dan keusahawan, yang menurutnya boleh dilakukan bagi menambah pendapatan.

Idea itu diusulkan menerusi postingnya di Twitter.

Bukan itu sahaja, Ahmad turut memuatnaik gambarnya yang sedang menoreh getah di laman mikro berkenaan.

Beliau menyatakan harapan agar pendapatan penoreh dapat ditingkatkan, memandangkan tahu bagaimana perit jerihnya golongan itu untuk mencari rezeki.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian dalam pada itu berkata isu dua kerja yang mengundang rasa tidak senang di kalangan rakyat di negara ini perlu difahami dengan ia boleh dilakukan pada waktu malam atau hujung minggu.

“#TambahPendapatan cari rezeki yang halal. (Sebanyak) 9/10 punca kekayaan daripada sumber perniagaan, pesan nabi. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih,” katanya di Twitter. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "