Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kasut Berubah Corak Mengikut Citarasa Si Pemakai

25 Nov 2015
No Comment


Kasut, merupakan keperluan yang sentiasa dititikberatkan oleh si pemakainya di mana kasut merupakan salah satu fesyen yang sentiasa berubah dan merupakan salah satu dari barang yang suka di"Shopping".

Bagi kaum lelaki, secara puratanya mereka memiliki tiga pasang kasut, iaitu untuk bersukan, ke tempat kerja atau kelas untuk pelajar dan satu untuk berjalan-jalan.

Kasut untuk berjalan-jalan ini kebiasaanya sudah pasti kasut yang cantik dan berjenama dipilih oleh mereka dari segi corak atau rekabentuk.

Kerana corak yang berlainan yang digemari menyebabkan ada antara mereka perlu membeli 2 hingga 3 pasang kasut.

Namun kini, sejenis kasut berteknologi tinggi telah dihasilkan dan merupakan penyelesaian kepada masalah memilih corak kasut berkenaan kerana kasut yang dinamakan Swiftwear mampu mengubah corak yang diinginkan oleh si pemakainya dengan hanya dihujung jari.


Kasut moden ini mempunyai tubuh yang diperbuat daripada skin e-ink yang boleh diubah bentuk coraknya melalui aplikasi pintar khasyang ada di dalam telefon pintar.

Ia boleh menukar warna dan juga gaya kasut  seperti yang diinginkan malahan boleh memaparkan video animasi di permukaan kasut tersebut.

Kasut yang direka kalis air sedalam 5 meter ini menggunakan kuasa bateri yang mampu bertahan selama 30 hari dan boleh dicas semula dengan setiap langkah yang diambil pemakai.

Harga sepasang kasut Swiftwear bermula dari $150 (~RM 630) sepasang. Jika anda tidak mahu membeli kasut pelbagai corak untuk acara tertentu, sepasang Swiftwear sudah cukup untuk menghasilkan pelbagai gaya yang diperlukan. - Siakapkeli.my\


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "