Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Akan Panggil Nurul Izzah Untuk Beri Keterangan, Boleh Disiasat Bawah SOSMA

22 Nov 2015


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pihak polis akan memanggil Ahli PArlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk memberikan kenyataan bersabit gambarnya bersama Jacel H. Kiram baru-baru ini.

Bukan itu sahaja Naib Presiden PKR itu juga boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 124.

“Walaupun Nurul Izzah telah memohon maaf, perbuatanya tetap dianggap serius apabila anggota Parlimen Malaysia bertemu dengan musuh negara yang telah menyerang sebahagian negara kita…kita berharap beliau bersedia memberi keterangan.

“Saya tidak tahu kenapa beliau (Nurul Izzah) bertemu dengan Jacel, dan kita perlu tahu kenapa beliau berbuat demikian,” katanya.

Tambah Khalid tidak ada keperluan untuk Nurul Izzah 'mengunjungi' pihak di sana, yang merupakan musuh negara apatah lagi ternyata terlibat dengan insiden berdarah di Lahad Datu Februari 2013 yang lalu.

“Daripada gambar-gambar seperti Nurul Izzah memegang poster bersama musuh negara, ianya bukan satu kebetulan sebaliknya perjumpaan itu telah dirancang dan kita perlu tahu apa yang telah mereka bincangkan,” katanya.

Semalam anak kepada Ketua Umum PKR itu tampil memohon maaf atas penyebaran gambar-gambar tersebut. -Siakapkeli.my 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "