Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perjalanan Balu Harun Saim Bachik Makin Sukar, Nekad Bina Kehidupan Baru Bersama Anak-anak Di Kampung

25 Nov 2015



Mengakui tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat di ibu kota, balu pelawak Harun Salim Bachik membuat keputusan untuk membina kehidupan baru bersama anak-anak di kampungnya, di Kulim, Kedah.

Memetik mStar, Surianti Mohd Nor berkata keuntungan yang diperolehi hasil jualan produk kesihatan Legasi HSB juga masih tidka mencukupi.

"Saya akui tertekan dan tidak mampu lagi untuk menyara hidup kami anak beranak di Kuala Lumpur, sebab itu saya ambil keputusan untuk balik kampung Isnin depan.

"Sewa rumah sahaja RM1,500, anak-anak yang sedang membesar lagi, ini pun semua barang-barang kemas saya terpaksa digadai. Sekurang-kurangnya bila balik kampung saya akan mulakan hidup baru bersama ibu-bapa saya," ujarnya.

Surianti juga memberitahu hidupnya kini semakin terabai, tidak ketika Harun masih hidup suatu ketika dahulu.

Yang sudi bertanya khabar tentang dirinya dan anak-anak adalah sahabat baik suaminya, Afdhlin Shauki.

Pengakuan itu sekaligus menepis dakwaan Achey, yang merupakan anak didik Harun sebelum ini yang berkata sering mengambil tahu hal Surianti dan anak-anak mereka.

"Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila kawan-kawan arwah menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan untuk persekolahan anak-anak saya.

"Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah.

"Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari grup perniagaan tersebut," ujarnya.

Bukan itu sahaja, kesukaran untuk berniaga di karnival anjuran pihak-pihak tertentu juga menjadi punca mereka sekeluarga mahu tinggal di kampung bersama kedua orang tua Surianti. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "