Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mesyuarat MT Umno: Muhyiddin Dan Shafie Masih Kekal Dalam Parti

25 Nov 2015



KUALA LUMPUR: Khabar angin kononnya nasib tujuh pemimpin Umno bakal ditentukan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 'tersasar' apabila Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman sahaja dipecat atas alasan melanggar disiplin parti.

Hal itu diumumkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno lewat petang semalam.

"Antara keputusan yang dicapai hari ini dalam soal displin parti, Majlis Tertinggi secara sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Hamidah Othman Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng dipecat jawatan dan keahlian sebagai ahli Umno atas pelanggaran displin", katan Najib dalam sidang medianya di bangunan sementara Parlimen semalam.

Hamidah sebelum ini bertindak menyeru Najib meletakkan jawatan dan tidak gentar jika dipecat Umno. rentetan kontroversi membabitkan syarikat strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menanggung bebanan hutang yang banyak.

Sebelum ini spekulasi bertebaran mengatakan Umno akan mengambil tindakan keras terhadap tujuh pemimpinnya, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang dilihat kritikan terhadap pentadbiran Najib.

Mesyuarat semalam juga berlangsung tanpa kehadiran timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.

Muhyiddin sedang berada di luar negara dan dijangka pulang pada Rabu manakala Shafie sedang mengerjakan umrah.

Timbul juga dakwaan mesyuarat MT Umno sengaja diawalkan semalam kerana mahu membincangkan hal pemecatan Muhyiddin dan Shafie. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "