Gara-gara memuatnaik satu rakaman video gurauan manja bersama anaknya, Johan dan isterinya, Ozlyn dikritik oleh pengikut mereka.
Menerusi rakaman itu, Johan dilihat menyuap buah kepada anak mereka, Chanteq. Kemudian dia mengelap mulut dan memeriksa hidung anaknya itu.
Melihat mimik muka anaknya, Johan kemudian dilihat menolak kepada anaknya.
Namun sebagaimana diketahui ramai, Johan memang terkenal dengan sikap gila-gilanya dan mungkin ia sebahagian cara gurauan mesra dengan anak-anak.
Bagaimanapun ia tidak disenangi oleh pengikut mereka dan menasihati Johan agar tidak lagi berbuat demikian.
Namun dalam banyak-banyak komen negatif itu masih ada yang menganggapnya sebagai satu gurauan antara ayah dan anak.