Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Google Maps Selesaikan Misteri Lelaki Hilang Sejak 2006

15 Nov 2015
No Comment

MICHIGAN – Misteri kehilangan seorang warga emas pada 2006 akhirnya terungkai apabila Google Mpas berjaya merakam imej keretanya yang tenggelam di sebuah tasik.

Lelaki terbabit, Davie Lee Niles, 72, hilang pada 11 Oktober 2006 selepas dia dilihat kali terakhir di Bar Jake di Byron. Menurut keluarga, ketika itu Niles keluar untuk berjumpa seorang rakan.

Namun, dia kemudian menginggalkan rakannya itu secara tiba-tiba dan tidak pulang ke rumah selepas itu. Laporan polis telah dibuat selepas itu namun usaha mencarinya gagal.

Sementara itu, seorang kakitangan Google Maps pada 2 hari lepas telah menemui satu objek yang kelihatan seperti kereta di sebuah tasik menyebabkan dia segera menghubungi polis.

“Saya tidak sangka ada sebuah kereta yang tenggelam di tasik itu. Tidak ada sesiapa yang boleh mengesan objek itu dengan tepat memandangkan airnya agak keruh,” katanya.

Ujian DNA yang telah dilakukan terhadap rangka di dalam kereta itu mengesahkan mayat di dalam kereta itu adalah Niles. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "