Gambar Bersama Puteri Kiram : SAPP Minta Nurul Izzah Diharamkan Dari Memasuki Sabah
KOTA KINABALU, 19 Nov - Susulan isu gambar Nurul Izzah bersama Jacel H. Karim, Naib Presiden Parti Sabah (SAPP) Japiril Suhaimin meminta agar Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar diharamkan kemasukannya ke negeri Sabah.
Jacel H. Karim mempunyai kaitan dengan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.
"Kerajaan Sabah patut haramkan Nurul Izzah masuk Sabah kerana bertemu dan meminta sokongan Jacel Kiram yang menjadi jurucakap Sultan Kiram semasa pencerobohan Tanduo Lahad Datu," kata Suhaimin memetik akaun Facebooknya.
Entri tersebut mendapat perhatian ramai sehinggakan ada yang menganggap tindakan Nurul Izzah itu melukakan hati rakyat Sabah.
"Nurul Izzah melukakan hati rakyat Sabah yang berdepan dengan askar Jamalul Kiram dalam serangan Tanduo. Haramkan Nurul Izzah dari menjejakkan kaki ke Sabah,"kata Tj Tasatra.
"Jika Nurul Izzah berhubungan dgn puteri Kiram, semua wakil rakyat Sabah PKR harus keluar daripada menyokong PKR...rakyat Sabah juga harus berfikir dan jangan harap orang Sabah menyokong mereka," katanya Mohd Norazman pula. - Siakapkeli.my
Minggu lepas pergi lahad datu. peristiwa 2013 yg dilaporkan media jauh terpesong dari punca dan situasi sebenar apa yg berlaku.
BalasPadamcuba tanya orang sabah terutamanya penduduk Lahad Datu sendiri.