Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kakitangan Bank Gempar Terima Ugutan Bom

24 Nov 2015

SUNGAI PETANI, 24 Nov - 60 kakitangan sebuah bank di Pekan Baru disini gempar apabila bank terbabit menerima ugutan bom dan rompakan pagi tadi.

Ugutan itu diterima empat hari selepas sebuah bank di Kampung Baru di sini menerima ugutan yang sama.

Kakitangan bank terbabit dikatakan menerima panggilan dari seorang wanita pada jam 10.15 pagi yang berkata kononnya bank tersebut akan dibom dan dirompak.

Seramai 30 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dikerahkan ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan.

Selepas hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek yang mencurigakan, bank terbabit dibuka semula kepda orang ramai pada jam 12.20 tengahhari tadi. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "