Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Profesor Cadangan Lelaki China Supaya Kongsi Isteri

27 Okt 2015
No Comment


Beijing: Bagi mengatasi masalah mencari pasangan hidup yang dihadapi oleh lelaki China yang berpendapatn rendah, seorang profesor di Universiti Zhejiang mencadangkan supaya mereka berkongsi isteri.

Profesor Xie Zuoshi telah menyuarakan pendapatnya itu selepas melihat jurang jantina yang semakin luas di mana golongan lelaki berpendapatan rendah di negara berkenaan terdesak mencari teman wanita untuk dijadikan isteri.

Beliau berkata, bagi lelaki berpendapatan tinggi, golongan ini tidak mempunyai masalah untuk menacari teman wanita atau isteri kerana mereka berkemampuan daripada segi kewangan.

Jadi, lelaki yang berpendapaan rendah perlu mencari rakan lelaki lain untuk bergabung mencari wanita yang boleh dikongsi sebagai isteri.

Menurutnya, ia bukan perkara baru kerana di beberapa kawasan pedalaman miskin terdapat kes dua adik beradik lelaki berkahwin seorang isteri dan mereka hidup bahagia dan aman.

Kerana cadangan berkenaa, Xie telah dihentam teruk oleh oleh beberapa aktivis kerana menyifatkan ide berkenaan sebagai tidak adil dan tidak bermoral tetapi Xie menyelar kecaman itu.

Tolong jangan bercakap soal moral dengan saya. Jika kita terus membiarkan 30 juta lelaki bujang hidup tanpa wanita, mereka tidak mempunyai harapan untuk kehidupan seterusnya dan mungkin beralih kepada kegiatan merogol, membunuh dan keganasan lain,” kata Xie.

Profesor itu juga mencadangkan beberapa penyelesaian lain, termasuk mendesak masyarakat menerima homoseks dan mengimport wanita dari negara jiran. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "