Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Islam Yang Didakwa Cipta Bom Melawat White House

20 Okt 2015
No Comment


WASHINGTON: Seorang remaja Islam yang menggemparkan Amerika Syarikat sebelum ini yang digantung persekolahnnya kerena dikatakan telah mencipta bom sedangkan beliau mencipta jam buatannya sendiri telah tiba di White House pada Isnin, selepas menerima jemputan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Ahmed Mohamed merupakan sebahagian daripada kumpulan pelajar, guru, ahli-ahli sains, angkasawan dan selebriti yang menjadi tetamu Malam Angkawasan White House.

Beliau mula dikenali ramai selaps sekolahnya melaporkan kepada polis mengenai objek 'bom' yang dibawa pelajar berkenaan ke sekolah.

Objek berkenaan dianggap bom kerana beliau merupakan seorang ramaja Islam sedangkan selepas siasatan polis ternyata ia hanyalah sebuah jam buatan sendiri dan perkara itu menarik perhatian netizen yang mencemuh tindakan sekolah tersebut.

Malah #IStandWithAhmed menjadi popular oleh netizen untuk hashtag khususnya di Twitter.

Tindakan Mohamed mencipta jam tersebut kemudian menarik perhatian Obama yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Pelajar tersebut kemudian dijemput Obama ke White House untuk satu majlis bersama golongan pintar lain. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "