Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Nekad Pecahkan Cermin Kereta Selepas Sangka Bayi Ditinggalkan Berseorangan Dalam Kereta

2 Okt 2015
No Comment



WEST MIDLANDS - BRITAIN: Seorang anggota polis yang melalui sebuah kawasan parkir kereta di sebuah hospital di sini terkejut besar selepas melihat seorang 'bayi' ditinggalkan di dalam sebuah kereta seorang diri.

Kerana terlihat bayi berkenaan yang tidak bergerak, beliau mengambil keputusan memecahkan cermin kereta berkenaan selepas mendapat nasihat daripada seorang jururawat.

Namun apa yang mengejutkan kelibat yang disangka budak kecil berkenaan rupa-rupanya  hanyalah anak patung bayi.


Janaih Rattray, 10, meletakkan anak patung menyerupai bayi lelaki yang diberi nama Ryan di dalam kereta kakaknya Delesia Vauxhall Corsa yang ditinggalkan di depan Hospital Russells Hall.

Mereka yang telah kembali ke kereta beberapa jam kemudia terkejut selepas mendapati cermin belakang pecah dan terdapat nota yang meminta mereka untuk menelefon pihak polis.

Delesia, 20 berkata,  anak patung tersebut memang menyerupai seperti bayi lelaki berusia beberapa bulan, namun jika dilihat pada tanggannya, ia adalah anak patung.

"Saya tidak menyalahkan pihak polis berkenaan dan memahami dengan tindakan yang diambil mereka," katanya dipetik Metro.uk

Sementara itu, polis West Mindland akan membayar ganti rugi di atas kerosakan yang berlaku. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "