Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lima Individu Sanggup Gadai Nyawa Jadikan Stesen Pencawang Elektrik Sebagai Kediaman

24 Okt 2015



SIBU: Empat kanak-kanak antara lima individu yang ditemui menjadikan stesen pencawang elektrik sebagai tempat kediaman.

Kesemua mereka ditemui oleh pegawai perkhidmatan utiliti sekaligus mengejutkan mereka apatah lagi ia amat berbahaya.

Memetik mStar, tiga daripada mereka yang berusia 10, 11 dan 12 tahun dipercayai menjadikan stesen pencawang elektrik di Island Road itu sebagai rumah mereka sejak sebulan lalu.

Tempat berteduh kanak-kanak dari Kanowit itu kemudiannya disertai oleh seorang lagi remaja berusia 19 tahun dari Pakan.

Seorang lelaki yang juga berasal dari Pakan yang berumur 23 tahun menetap di situ lebih tiga bulan lalu.

Salah seorang kanak-kanak itu memilih tinggal di situ selepas ibu bapanya bercerai.

"Selepas itu saya tinggal bersama saudara tetapi tidak dilayan dengan baik. Jadi, saya melarikan diri," kata kanak-kanak 11 tahun itu.

Seorang laki kanak-kanak yang berusia 12 tahun mendakwa tinggal di pencawang itu selepas ibu bapanya meninggal dunia.

"Oleh kerana saya tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk hidup, saya akan berkeliaran di sekitar di bandar," katanya.

Beberapa pegawai yang menemui lima individu terbabit mendapati kesemua mereka berada dalam keadaan kusut dan ada juga pernah ditahan polis kerana mencuri. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "