Kes Dadah: Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Zarina Anjoulie
Selepas gagal hadir pada prosiding perbicaraan peringkat bela diri berkenaan kes dadah tiga tahun lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul hari ini.
Turut dikenakan waran tangkap adalah rakan Zarina, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi.
Kedua-dua mereka dituduh memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram pada 2013 lalu.
Namun kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan. -Siakapkeli.my