Hacker IS : Proses Ekstradisi Perlukan Masa
KUALA LUMPUR: Proses mengekstradisi suspek penggodam militan IS ke Amerika Syarikat perlu memantuhi prosedur yang ketat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Menurut beliau, Bukit Aman perlu mematuhi beberapa langkah kerana pelajar warganegara Kosovo itu adalah satu ancaman keselamatan.
"Saya tidak menjangkakan sebarang masalah untuk mengekstradisi suspek ke AS tetapi kita masih tidak pasti bila ia akan selesai," katanya.
Pada Khamis lalu, Khalid berkata pelajar yang berusia 20 tahun itu ditahan pada 15 September lalu ketika cuba mendapatkan maklumat sulit tetang pasukan keselamatan AS.
"Lelaki itu yang datang ke Malaysia pada Ogos atas alasan mahu melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan pengkomputeran forensik telah ditahan oleh pegawai Cawangan Khas Anti-Keganasan Bukit Aman.
"Dia berkomunikasi dengan pemimpin tertinggi IS di Syria dan kami percaya dia sedang cuba menggodam klasifikasi maklumat ke atas pasukan keselamatan Amerika," katanya memetik laporan mStar Online.
Suspek yang dikenali sebagai Ardit Ferizi terkenal dengan nama internetnya, "Th3Dir3ctorY". - Siakapkeli.my