Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Biskut Kering Ini Akan Dilelong Dengan Harga RM64 Ribu, Apa istimewanya Biskut Ini

14 Okt 2015
No Comment


WILTSHIRE: Sekeping biskut kering bakal dilelong dengan  £10,000 atau bersamaan RM64 ribu di sini, tetapi apakah keistemewaan biskut ini sehingga bakal dilelong sampai sebegitu mahal.

Biskut tersebut didakwa sebahagian daripada kit kecemasan yang disimpan di bot simpanan kapal terkenal, Titanic bakal dilelong pada harga £10,000 (RM64,241.08).

Menurut laporan, biskut itu telah disimpan oleh seorang penumpang bot SS Carpathia yang digunakan untuk membantu ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa kapal Titanic karam di perairan Lautan Atlantik.

Penumpang yang dikenali sebagai, James Fenwick dipercayai telah menyimpan biskut berkenaan dalam sebuah kotak filem jenama Kodak berserta nota yang tertulis ‘Biskut dari bot simpanan Titanic, 1912‘.

Di biskut berkenaan juga tertulis ‘Sallers & Bakers‘ dan ‘Pilot‘.

Biskut tersebut dianggap sebagai artifak dan bakal dilelongkan melalui firma Henry Aldridge & Son di Devices pada 24 Oktober nanti. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "