Proton Tingkat Pengeluaran Proton Persona
KUALA LUMPUR: Pengeluaran kereta sedan, Proton Persona kini ditingkatkan oleh Proton Holdings Bhd berikutan permintaan yang kukuh sejak pertama kali ia dilancar pada Ogos 2007.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah, pihaknya gembira apabila ramai rakyat Malaysia memilih kereta buatan tempatan berikutan harga ringgit yang jatuh.
"Selepas menyaksikan permintaan kukuh untuk kereta buatan tempatan itu berikutan kejatuhan ringgit, kami gembira kerana lebih ramai rakyat Malaysia memilih Persona sebagai kereta pilihan mereka disebabkan saiznya yang besar, penggunaan bahan api yang sederhana dan kos penyelenggaraan yang rendah," kata beliau.
Sebanyak 265,882 unit Persona telah berjaya dijual sehingga 31 Ogos lepas.
"Segmen kereta sedan itu telah menunjukkan pertumbuhan yang tinggi sejak beberapa tahun lalu dan kumpulan pembeli telah berkembang daripada keluarga tradisional kepada golongan muda dan profesional," katanya lagi.
Proton menawarkan dua varian untuk Persona iaitu Super Value (SV) dan juga Persona Executive.
Proton kini menjalankan kempen promosi ulang tahun ke-30 sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. - Siakapkeli.my