KUALA LUMPUR - Ganjaran kewangan ditawarkan oleh PDRM kepada sesiapa yang tampil memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang memijak gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS di dalam perhimpuan Bersih 4 baru-baru ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh PDRM di Facebook rasminya melalui satu kenyataan.
Namun, jumlah ganjaran yang ditawarkan tidak disebut.
"PDRM memandang berat perbuatan ini kerana ia telah mewujudkan suasana tegang sehingga membangkitkan ketidak tenteraman aam di kalangan mesyarakat negara ini", tulis kenyataan tersebut. - Siakapkeli.my