Malaysia Perlukan Rakyat Seperti Saudari - Tulis Mahathir kepada Anina
“Saya harap saudari akan terus bercakap benar walaupun ia menjadikan saudari tidak disukai oleh sesetengah pihak. Jangan sesekali berputus asa. Negara kita memerlukan rakyat seperti saudari.
Itu komen Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu surat yang ditulis kepada bekas anggota Wanita UMNO Kedah, Anina Saadudin.
Dalam satu surat tersebut, Tun Mahathir turut mengingatkan walaupun kebenaran harus ditegakkan atau penipuan akan menjadi pegangan.
“Tetapi kebenaran haruslah dinyatakan atau yang tidak benar (penipuan) akan menjadi pegangan,” kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam suratnya kepada Anina semalam.
Tambah Tun Mahathir lagi, walaupun dia sedih dengan pemecatan Anina, beliau tetap bangga dengan Anina kerana berani bercakap benar.
“Saya bangga atas tindakan berani saudari. Tidak ramai orang yang berani untuk bercakap benar berkaitan pemimpin tertinggi kita kerana takut dituduh sebagai pengkhianat.
“Saya merasa sedih atas pemecatan saudari sebagai ahli Umno oleh setiausaha Agung Umno," kata Mahathir memetik laporan Malaysiakini.
Keahlian Anina dari UMNO sebelum ini digugurkan berikutan tindakan beliau menyaman Presiden UMNO, Najib Razak berikutan isu derma RM2.6 billion. - Siakapkeli.my