Meskipun sudah lama menetap di Amerika Syarikat, penyanyi Yuna tetap berpegang kepada asas dan pendiriannya sebagai seorang Islam.
Yuna, yang akan mengadakan konsert di KLCC pada Oktober akan datang meminta peminatnya menunaikan solat Maghrib di surau yang terdapat di kompleks beli-belah itu terlebih dahulu sebelum berhibur.
Dia terlebih dahulu menjawab pertanyaan seorang peminatnya di laman Twitter, memandangkan pintu dewan hanya akan dibuka pada jam 7 malam.
Bukan itu sahaja, Yuna juga memberitahu dia tidak akan membuat persembahan selagi tidak menunaikan solat terlebih dahulu.
Respon Yuna itu mendapat pujian ramai pihak, terutama peminatnya yang gembira dengan pegangan artis itu meskipun semakin mencipta nama di negara Barat. -Siakapkeli.my