Waran Tangkap ke atas Pengasas Sarawak Report Dikeluarkan
Kuala Lumpur : Waran tangkap ke atas pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown telah diperoleh oleh polis selepas ia dikeluarkan oleh Mahkamah Kuala Lumpur.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, permohanan bakal dibuat oleh pihaknya untuk meletakkan nama Clare dalam senarai orang dikehendaki ASEANAPOL dan notis merah Interpol.
"Waran terbabit berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan di bawah Seksyen 124B dan 124I," katanya memetik laporan myMetro. - Siakapkeli.my