Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sultan Johor Titah Tukar Kembali Nama Kulaijaya Kepada Namanya Asal Serta Merta

28 Ogo 2015
One Comment


Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini menitahkan kerajaan Johor supaya menukar semula nama Kulaijaya kepada nama asalnya kembali serta merta.

Memetik laporan Utusan Malaysia, daerah Kecil Kulai sebelum ini telah dinaikkan taraf kepada sebuah daerah pada 21 Jun 2008 dan ditukar namanya kepada Kulaijaya dan pengisytiharannya dibuat oleh sultan Sultan Iskandar, sultan Johor ketika itu.

Menteri besar Johor ketika itu Datuk Abdul Ghani Othman dalam ucapannya berkata, penubuhan daerah baru berkenaan adalah bertujuan meningkatkan kesejahteraan hidup di kawasan berkenaan.

Menurutnya, ekoran itu persempadanan semula dilakukan antara Kulaijaya dan Daerah Johor Bahru dengan sebahagian besar kawasan yang sebelum ini di bawah Daerah Johor Bahru dimasukkan ke dalam Daerah Kulaijaya.

Berdasarkan rujukan di portal Majis Perbandaran Kulai, terdapat dua versi tentang asal-usul Kulai.

Pertama, ia dikatakan daripada perkataan Gui Lai yang bermaksud ‘kedatangan kura-kura’, yang dikaitkan dengan kemunculan berpuluh-puluh ekor kura-kura menghala ke pekan ketika peristiwa banjir tahun 1920.

Terdapat juga versi menyatakan Kulai mendapat namanya daripada “Tengku Lai” yang membawa maksud “Tengku datang” yang datang ke Kulai untuk mengutip cukai dan berburu.

Selain itu memetik laporan Sinar Harian, baginda Tuanku Sultan Ibrahim juga menitahkan kerajaan negeri segera memikirkan nama segera terhadap Nusajaya, pusat pentadbiran negeri, kerana tiada kaitan dengan sejarah asal-usulnya.

Sultan Ibrahim bertitah selepas selesai menunaikan solat Jumaat ketika merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, ibu pejabat polis kontinjen Johor, di Johor Bahru. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. 'tengku lai' dan 'Gui lai' itu dari bahasa mana..?

    www.cibuka.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "