Sarawak Report Nafi Video Komplot, Dakwa Editor Tak Pernah Bekerja Dengan Mereka
Pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown telah menafikan dakwaan terbaru yang mendakwa portal kontroversi itu memuat naik dokumen yang telah dipalsukan mengenai 1MDB.
Sebelum ini, Sarawak Report (SR) telah dikatakan berkomplot dengan pembangkang untuk memburukkan nama Najib dan 1MDB. Dakwaan itu dibuat menerusi satu video pengakuan yang dikatakan kepunyaan salah seorang bekas editor SR.
SR bagaimanapun menafikan video terbabit dengan berkata bekas editor di dalam video terbabit tidak pernah pun bekerja dengan SR. - Siakapkeli.my