Ada yang bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Zahra malah ada juga yang tidak sekepala dengan Zahra.
Terbaru, Maya Karin juga turut sama melontarkan kritikan terhadap pandangan yang diberikan oleh Zahra, tetapi kali dalam bab pengangkutan awam.
Zahra sebelum ini mengatakan dia terpaksa menggunakan LRT untuk ke tempat kerja setiap hujung bulan kerana wang gajinya sudah banyak dihabiskan untuk keperluan lain.
Mengulas kenyataan dari Zahra itu, Maya Karin melalui akaun Twitter berkata "Terpaksa" naik LRT? I've been on it, good ride. Menunggu station TTDI siap. There's no shame in taking public transportation".
Respon dari Maya Karin itu mendapat beratus-ratus retweet serta beberapa komen dari mereka yang turut bersetuju dengan pandangan dari Maya. - Siakapkeli.my