Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fazley Sentiasa Jadi Rujukan Pasangan Bermasalah, Berjaya Selamatkan Hampir 100 Kes Penceraian

9 Jul 2015



Penyanyi yang juga terlibat dengan pelbagai program motivasi, Fazley Yaakob mendedahkan beliau sehingga kini berjaya menyelamatkan hampir 100 pasangan suami isteri yang ingin bercerai.

Kebanyakkan mereka yang bermasalah menggunakan medium Facebook dengan menghantar mesej peribadi bagi berkongsi masalah dan mendengar pandangan.

Fazley kemudiannya akan merujuk masalah terdekat dengan pakar motivasi sebelum menberi pandangan kaunseling kepada pasangan berkenaan.

“Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana cara untuk menyelamatkan rumah tangga masing-masing. Alhamdulillah saya sudah selamatkan hampir 100 pasangan daripada bercerai. Sebelum memberi nasihat, saya akan merujuk kepada pakar motivasi lain termasuklah mentor saya iaitu Datuk Fadzillah Kamsah.

“Apa yang saya lihat, kebanyakan pasangan yang sudah berkahwin mempunyai masalah kewangan dan komunikasi,” katanya. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "