Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ada Rakyat Malaysia Sertai Isis Akhirnya Jadi Pencuci Tandas Dan Pembantu Dapur - Wan Junaidi

11 Jul 2015



KUALA LUMPUR: Rata-rata rakyat Malaysia yang tidak ada pengalaman berperang dan menyertai militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) akhirnya akan melakukan kerja-kerja kasar.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, militan Isis tidak merekrut ramai rakyat Malaysia kerana tidak mempunyai latihan ketenteraan apatah lagi kecekapan untuk mengendalikan senjata untuk berperang.

“Jadi, mereka jadi pencuci tandas atau pembantu di dapur.

“Kebanyakan mereka tidak dibekalkan dengan senjata tetapi beberapa yang diberikan senjata berpeluang menyertai peperangan dan terbunuh atau tercedera dan terpaksa pulang ke tanah air," katanya kepada pemberita semalam.

"Tetapi pencuci tandas dan pembantu dapur ini menganggap diri mereka militan dan berusaha untuk menjadi askar.

"Fikiran mereka muktamad. Lawan dan bunuh. Apa yang mereka ada ialah semangat untuk berperang," katanya.

Namun kerana 'niat' mahu berperang, ada di kalangan mereka belajar sendiri cara pembuatan bom dan bahan letupan dan strategi berperang.

Sehingga kini dilaporkan seramai 96 rakyat Malaysia berangkat ke negara-negara itu untuk menyertai Isis dengan anggaran kurang daripada 7 sudah terbunuh. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "