Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

1MDB Kecewa Dengan Salah Lapor Media Berhubung Transaksinya

12 Jul 2015





KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kesal dengan beberapa artikel menerusi akhbar harian yang berlandaskan pendapat 'penyiasat' yang tidak dinamakan dan merujuk kepada transaksi tertentu yang dijalankan syarikat terbabit.

Kekecewaan itu juga diluahkan sementelah siasatan sedang dijalankan pada ketika ini.

1MDB dalam satu kenyataannya menyebut 'malah aset yang hendak dijual tidak boleh dijual dengan mudah'.

"Ini jelas salah memandangkan nota penyata kewangan 1MDB pada 30 Mac tahun lalu yang diaudit sepenuhnya oleh Deloitte, menyatakan bagaimana AS$1.22 bilion (kira-kira RM 4.6 bilion) aset berkenaan yang pada hakikatnya sudah dijual dan keuntungan tunai sudah digunakan," demikian memetik kenyataan itu.

Merujuk dakwaan "tidak ada dokumen berkaitan kewujudan aset dan penilaian ke atas PetroSaudi Holdings (Cayman)", 1MDB seterusnya menjelaskan ia tidak tepat memandangkan laporan penilaian sudah disediakan semasa pelaburan dibuat, dan laporan yang sama dikemukakan kepada pihak berkuasa dan disemak oleh pihak berkuasa perundangan.

1MDB dalam pada itu menegaskan akan memberi sepenuh kerjasama ke atas siasatan terhadap syarikat terbabit. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "