Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Waktu Kerja Bagi Kakitangan Kerajaan Brunei Dikurangkan Kepada Hanya 6 Jam Sehari Sepanjang Ramadan

16 Jun 2015
No Comment


Istana Nurul Iman telah mengeluarkan satu surat pekeliling di mana kerajaan Brunei di bawah pimpinan Sultan Hasanal Bolkiah memperkenan untuk menyelaraskan waktu bekerja kakitangan kerajaannya sepanjang bula Ramadan.

Waktu bekerja bagi kakitangan kerajaan Brunei sepanjang Ramadan tahun ini diselaraskan kepada enam jam sahaja sehari bagi hari biasa dan cuma tiga jam setengah pada Jumaat.

Pada hari Isnin hingga khamis waktu kerja mereka adalah dari pukul 8.00 pagi hingg pukul 2.00 petang manakala pada hari jumaat waktu kerja mereka hanya tiga jam iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Surat pekeliling baru itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri Brunei, Yahya Idris pada Isnin di mana Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah telah memberi perkenan terhadap pelaksanaan tersebut.

Sementara itu bagi pekerja sektor swasta, kerja mereka akan dikurangkan satu jam daripada kebiasaan dan waktu untuk memulakan kerja hanya perlu mengikut budi bicara majikan masing-masing. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "