Senarai 10 Penjara Paling Kejam Dan Zalim Di Dunia
Kalau namanya penjara, sudah semestinya keadaannya jauh berbeza daripada makna keselesaan.
Malah di dalam dunia ini pun, hanya ada satu sahaja penjara yang dianggap mewah, iaitu di Arab Saudi, dimana ia menawarkan layanan bertaraf lima bintang.
Namun, jika namanya penjara, sudah tentu ia merupakan satu tempat yang dikhususkan untuk mendidik dan menginsafkan penjenayah, lebih-lebih lagi dengan keadaannya dan kemudahan yang terhad dan rutin harian yang membosankan.
Ada yang kata penjara di Malaysia mengamalkan kezaliman. Betul ke? Jom kita teliti 10 senarai penjara yang paling kejam dan tidak berperikemanusiaan di dunia.
Penjara Bang Kwang, Thailand
Juga dikenali sebagai 'The Hilton Bangkok', penjara ini terkenal dengan penyeksaan terhadap penjenayah yang ditempatkan di sini. Kesemua banduan terpaksa berasak-asak kerana bilik-bilik tidak mencukupi.
Untuk tiga bulan pertama, pergerakan banduan amat terhad kerana perlu memakai rantai gari di kaki. Tidak itu sahaja, ubat pelali akan disuntik kepada banduan beberapa jam sebelum menjalani hukuman mati.
Penjara Rikers Island, New York
Salah satu penjara di dunia yang amat digeruni, apatah lagi pernah berlaku penyeksaan yang amat teruk pada tahun 1932.
Perbuatan memukul dan membunuh seolah-olah rutin harian yang biasa di kalangan pegawai penjara dan banduan di sini.
Penjara San Quentin, California
Meskipun mempunyai bilik gas beracun untuk digunakan sebagai hukuman kepada penjenayah tertentu, namun sehingga kini tidak ada seorang pun banduan yang pernah merasai seksaan tersebut.
Penjara ini juga tidak terlepas daripada insiden keganasan sesama banduannya. Antara yang paling diingati adalah kejadian tahun 2006, apabila dua maut manakala 100 lagi cedera akibat rusuhan kaum di antara banduan.
Penjara Alcatraz, Amerika Syarikat
Ia dikatakan sebagai tempat sesuai kepada penjenayah yang paling bahaya di seluruh Amerika Syarikat.
Antara yang pernah mendiaminya adalah Al 'Scarface' Capone.
Namun, kerana imejnya yang terjejas akibat amalan hukuman dan kejadian keganasan di dalam penjara itu, Alcatraz akhirnya ditamatkan perkhidmatannya pada Mac 1963, selepas 29 tahun dibuka.
Penjara La Sabaneta, Venezuela
Muatannya adalah untuk 1,500 banduan sahaja, namun kini bilangan yang mendiami penjara tersebut lebih daripada 2,500 orang.
Maka tidak mustahillah keadaan di dalam penjara amat sesak, sering berlaku pergaduhan sesama banduan seperti yang terjadi pada tahun 1994 apabila 196 orang mati, manakala 624 cedera.
Penjara Gitarama, Rwanda
Boleh disifatkan penjara paling daif dan sempit di dunia apabila rata-rata keseluruhan banduan terpaksa berdiri sepanjang berada di sana kerana keadaan amat sempit.
Sudahlah sesak, busuk dan sempit, banduan juga terpaksa membuang najis di tempat mereka berdiri sehingga najis berada di mana-mana sahaja.
Akibatnya jangkitan amat mudah terjadi, malah banduan juga mati secara semulajadi akibat masalah berkenaan.
Penjara La Sante, Perancis
Mengamalkan sistem perundangan penjara 'old school', maka banduan yang lemah dianggap bahaya kerana sering ditindas.
Bagi mengurangkan keganasan, pihak pengurusan penjara membenarkan banduan keluar dari bilik selama empat jam sehari.
Penjara Diyarbakir, Turki
Penjara ini pernah menjadikan kanak-kanak sebagai banduan kemudian menjadikan mereka sebagai hamba seumur hidup. Sangat tidak berperikemanusiaan kan?
Memetik satu kejadian keganasan yang berlaku pada 1996, ia turut melibatkan pegawai penjara dan banduan hingga menyebabkan 10 banduan mati dan 23 cedera.
Ia mula beroperasi pada 1980, dengan seramai 1,300 banduan boleh dimasukkan ke sana, terutamanya bagi pesalah politik.
Penjara Tadmor, Damsyik
Penjara ini pernah ditutup pada 2001 kerana tidak mampu menampung jumlah banduan yang banyak. Namun 10 tahun selepas itu, ia dibuka semula namun masih mengamalkan sistem undang-undang penjara yang sama dan tidak terlepas daripada isu-isu keganasan.
Penjara Tadmor juga pernah menjadi terkenal pada 1980, apabila Presiden Syria ketika itu Hafez al-Assad berdepan dengan detik mencemaskan serangan kejam banduan ketika lawatannya ke sana. Beliau bagaimanapun terselamat.
Penjara Carandiru, Brazil
Dibuka pada 1920, ia merupakan sebuah penjara yang terbesar terletak di Amerika Latin.
Terkenal dengan insiden keganasan dan pergaduhan sesama banduan sehingga mencatatkan kematian. Contohnya dalam kejadian keganasan 1992, satu siri pembunuhan berlaku dengan 102 banduan ditembak mati dan dibunuh.
Sudahlah reputasi tercemar kerana keganasan, keadaan persekitaran Carandiru juga amat teruk sehinggakan nisbah seorang daripada lima banduan di sana juga positif HIV. -Siakapkeli.my
kejamnyaaa...
BalasPadam