PM Main Bola Sepak Untuk Kutip Dana
KATHMANDU - INDIA. Perdana Menteri Nepal, Sushil Koirala akan tampil sebagai kapten pasukan bola sepak menentang satu pasukan yang terdiri dari bintang filem tempatan dalam satu perlawanan yang akan diadakan pada hari Isnin.
Menurut penasihat akhbar Sushil Koirala, perlawanan amal itu dianjurkan oleh sebuah akhbar tempatan di sini dan pasukannya akan di barisi oleh anggota-anggota kabinet dan ahli politik kanan.
Koirala yang kini berusia 74 tahun dikatakan bersetuju setelah dijemput oleh akhbar berkenaan.
"Oleh kerana anda menjemput, maka saya akan menyertainya," kata jurucakap akhbar terbabit memetik kata-kata dari Sushil Koirala.
Hasil kutipan dari perlawanan tersebut akan dihulurkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di negara ini setelah kebanyakan mereka kehilangan tempat tinggal. - Siakapkeli.my