Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perdana Menteri Jawab 13 Tuduhan Yang Dilemparkan Kepadanya

18 Mei 2015
No Comment


Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak kali ini telah tampil menyenaraikan 13 tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan dia juga menjawab semua tuduhan tersebut termasuk kes pembunuhan Altantuya.

Beliau berbuat demikian bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya selama ini.

Sejak kebelakngan ini diliaht begitu ramai telah tampil mempertikaikan kepimpinan Najib antaranya sudah pasti yang paling lantang mengkritik, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Selain Tun, orang kuat lain yang mengkritik Najib ialan Tun Daim Zainuddin dan Bekas Menteri Zainudin Maidin.

Melalui Blog beliau, NajibRazak.com, Najib telah menyenarai dan menjawab semua seperti di dalam senarai di bawah.

1. Tuduhan mengenai kes Altantuya.

2. Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai ‘Negara Paling Banyak Rasuah’.

3. Tuduhan bahawa BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah rasuah.

4. Tuduhan terhadap 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

5. Tuduhan mengenai ‘Jambatan bengkok’ – Dakwaan: Kita tidak berani membina jambatan atas tanah sendiri tanpa kelulusan Singapura.

6. Dakwaan: “Sebagai Presiden UMNO, Najib adalah lebih teruk berbanding Pak Lah” (Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi).

7. Tuduhan: (Najib) mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), dengan menubuhkan sebuah agensi baharu untuk merancang pembangunan negara.

8. Dakwaan: Perkhidmatan, kepakaran dan pengalaman penjawat awam tidak lagi diperlukan.

9. Dakwaan: Untuk menawan kembali penduduk Cina dan India, Najib telah mengabaikan tindakan afirmatif.

10. Dakwaan bahawa BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum akan datang.

11. Dakwaan bahawa 1Malaysia adalah sama dengan Malaysian Malaysia.

12. Dakwaan bahawa jenayah telah meningkat sejak ISA (Akta Keselamatan Dalam
Negeri) dimansuhkan.

13. Tuduhan mengenai pesawat kerajaan.  - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "