Padah Meragut, Lelaki Hampir Putus Telinga Dibelasah Orang Ramai
KOTA BHARU: Gara-gara tindakan dua orang lelaki meragut seorang wanita membawa padah kepada mereka apabila berjaya ditangkap oleh orang ramai di Kampung Tanjung Chat
Selepas ditangkap dua orang peragut tersebut telah dibelasah oleh penduduk kampung sehingga salah seorang daripada mereka hampir putus telinga kiri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa berkata dalam kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, seorang wanita berusia 50 tahun, berada berhampiran pintu pagar hadapan rumahnya.
Kedua-dua suspek tersebut telah memebrhentikan motosikal mereka dan emnghampiri mangsa sebelum meragut.
“Anak lelaki dan seorang saudara mangsa cuba membantu selepas melihat kejadian itu tetapi seorang lagi suspek membawa sebatang kayu dan memukul mereka,” katanya .
Bagaimanpun semasa melarikan diri kedua-dua suspek telah ebrjaya ditahan kira-kira 200 meter dari rumah mangsa oleh orang ramai.
Salah seorang daripada mereka telah cedera ditelinga akibat hirisan dengan benda tajam dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan dilaporkan stabil manakala seorang lagi suspek cedera ringan dan ditahan untuk siasatan.
“Hasil siasatan menunjukkan kedua-dua suspek berusia 30-an yang berasal dari Wakaf Baharu, Tumpat itu mempunyai rekod kesalahan lampau berhubung kes dadah dan mendatangkan kecederaan,” katanya
Selain itu pihak polis berjaya merampas motosikal yang digunakan dan percaya ia adalah motosikal curi. - Siakapkeli.my