Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Malaysia Gagal Tempah Tiket Separuh Akhir Piala Sudirman

15 Mei 2015
No Comment


KUALA LUMPUR 14 Mei - Skuad badminton negara tewas 1-3 kepada Korea di suku akhir Piala Sudirman yang berlangsung di Dongguan, China seterusnya gagal menempah tiket ke separuh akhir piala tersebut.

Lee Chong Wei bertindak cemerlang menundukkan pemain nombor 5 dunia, Son Wan Ho dengan 21-17 dan 21-12.

Beregu Lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong pula gagal menundukkan pasangan nombor satu dunia, Lee Yong Dae dan Yoo Yeong Seong dengan 18-21 dan 16-21.

Pemain perseorangan wanita, Tee Jing Yi juga turut tewas kepada Sung Ji Hyun dengan mata 17-21 dan 12-21, manakala beregu wanita wanita tewas kepada pasangan Chang Ye Na-Jung dan Kyung Eun dengan 23-21, 16-21 dan 11-21. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "