Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kasih Seorang Ibu, Sanggup Mendukung Anak Sambil Mengajar di Sekolah Setiap Hari

13 Mei 2015
No Comment

Bagi kebanyakan ibu bapa, membawa anak mereka bersama ke tempat kerja setiap hari adalah satu perkara yang tidak masuk akal.

Tetapi seorang ibu di China, Zhang Wei, 32 terpaksa berbuat sedemikian kerana dia berkerja sebagai seorang guru sepenuh masa lebih-lebih lagi anaknya itu, Tutu yang berusia tiga tahun mengidap leukemia.

Zheng yang merupakan guru sekolah menengah di Hanshou, wilayah Hunan terpaksa mengajar di kelas sambil mendukung anaknya di lengan kerana anaknya itu sangat lemah untuk dintinggalkan seorang diri.

Dia juga perlu teruskan pekerjaannya itu kerana terdesak untuk mengumpul wang bagi membayar bil perubatan untuk Tutu.

Menurut Zhang dia telah menyedari ada perkara yang tidak kena dengan anaknya itu sejak bulan Jun tahun lalu.

“Saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengannya sejak bulan Jun tahun lalu kerana dia sentiasa demam dan sakit kaki. Ada kalanya Tutu tidak boleh bangun langsung,” katanya.

Tutu telah disahkan mengidap leukemia dan telah menjalani sebanyak 11 kali rawatan kimoterapi dalam tempoh lapan bulan dengan kos melebihi RM40,000.



Namun kini, menurut doktor, kanser dalam badan anaknya itu semakin teruk dan perlu menjalani pembedahan atau dia hanya mampu bertahan sehingga Ogos ini sahaja.

“Tutu sudah tidak mempunyai kekuatan untuk bergerak lagi dan dia hanya mampu bertahan hingga Ogos ini sahaja.

“Saya tidak mampu untuk menanggung kos pembedahan kerana ia sangat tinggi,”

Selain itu, dia juga terdesak untuk membuat pembedahan tulang sum sum kepada anaknya itu. Kos yang perlu dibayar untuk menjalani pembedahan tu pula sekitar RM100,000 dan dia tidak mampu membiayainya.

“Hanya satu harapan saya dalam hidup iaitu untuk menyelamatkan anak saya ini,” katanya. — Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "