Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KPN Cadang Pulau Pinang Dijadikan Penempatan Sementara Untuk Pelarian Rohingya

22 Mei 2015
No Comment


IPOH: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, telah mencadangkan Pulau Pinang sebagai lokasi penempatan sementara 7000 pelarian Rohingya yang masih terkandas di Selat Melaka.

Beliau mencadangkan demikian kerana Pualu Pinang merupakan adalah negeri yang paling sesuai dan strategik bagi memudahkan proses penghantaran pulang nanti.

"Ini hanya sekadar cadangan berdasarkan kesesuaian dan keputusan penuh akan diketahui selepas ia dipersetujui semua pihak," katanya .

BACA: Malaysia Dan Indonesia Setuju Sediakan Penempatan Sementara Untuk 7000 Pelarian Rohingya

Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang mewakili Malaysia telah berbincang dengan Indonesia di mana kedua-dua negara bersetuju untuk memberi pelindungan dan penempatan sementara kepada palarian-pelarian tersebut.

Bagaimanapun Anifah menegaskan pelarian-pelarian tersebut akan dihantar pulang yang akan dilakukan dalam tempoh setahun. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "