Antara suspek yang ditahan polis. |
Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, mangsa yang berusia 14 tahun telah dipukul di dalam sebuah tandas di sebuah pusat membeli belah di Bukit Tinggi dekat sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, tiga suspek yang masing-masing berusia 15, 16 dan 17 tahun ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Klang. Menurut beliau lagi, dua dari suspek baru dibuang sekolah manakala seorang masih lagi bersekolah.
"Dua daripada suspek baharu sahaja dibuang dari sebuah sekolah di Pandamaran, Klang pada Khamis lepas sementara seorang lagi suspek masih bersekolah," katanya memetik satu laporan dari Bernama.
Menurut Kamarul Zaman lagi, mangsa dipukul kerana dia enggan menganggotai kumpula samseng yang dikenali dengan nama Geng 360.
Kata beliau lagi, polis kini sedang giat menjejak dalang yang bertanggungjawab merekrut pelajar sekolah menyertai kumpulan terbabit. - Siakapkeli.my