Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dakwaan Ahmad Said 1MDB Cuba Cagar Gas Dan Minyak Terengganu Adalah Tidak Benar - Ahmad Razif

14 Mei 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Berikutan kenyataan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said  yang mendakwa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ini pernah cuba mencagarkan gas dan minyak yang berada di laut Terengganu.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman tempil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) cuba menjadikan industri minyak dan gas negeri sebagai cagaran adalah tidak benar sama sekali.

“Tidak ada seumpamanya. Exco kami tentunya tidak bersetuju mengenai dakwaan itu memandangkan kami juga memiliki pasukan pakar yang menasihati kami.”

“Pada hakikatnya, TIA memang tiada kaitan dengan 1MDB,” ujarnya dipetik The Star Online..

BACA: 1MDB Pernah Hampir Cagarkan Gas Dan Minyak Di Laut Terengganu - Ahmad Said

beliau memberitahu apa yang sebenarnya terjadi adalah kerjaan persekutuan pada mulanya memang bercadang untuk melabur dengan TIA dan cabang pelaburan itu ditubuhkan sebagai pilihan untuk mempelbagaikan pendapatan negeri.

“Ia adalah keputusan bersama dalam kalangan exco untuk membuat pelaburan dan begitulah TIA dibangunkan dengan modal pelaburan RM1 juta ketika itu.”

"Kerajaan negeri pula telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskannya memandangkan masa yang tidak sesuai," katanya.

Punca sebenar racangan tersebut tidak diterukana kerana tidak mahu kerajaan negeri menanggung sebarang risiko akibat menguruskan TIA.

“Tiada isu di sini. Kita tidak rugi walau sesen pun. Kami telus dan terbuka untuk menangani sebarang salah laku melalui saluran-saluran yang betul,” jelas beliau. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "