Melaka sememangnya terkenal sebagai tempat peninggalan sejarah dan menjadi antara tempat yang menjadi pilihan orang ramai sekiranya bercuti. Tetapi, jika anda bercuti tanpa menikmati makanan yang sedap disana, maka tidak lengkaplah cuti anda.
Sekiranya anda di Melaka, atau merancang untuk ke Melaka, ini beberapa tempat makan yang menarik untuk anda kunjungi.
1 - Asam Pedas Selera Kampung
Restoran Asam Pedas Selera Kampung ini berada berdekatan dengan Kota A Famosa, menjadikannya antara restoran yang sering penuh dengan pelanggan. Sajian yang menjadi tarikan di sini tentulah asam pedasnya yang meliputi pelbagai jenis ikan seperti ikan parang, pari, jenahak dan lain-lain. Selain itu, lauk-pauk lain juga turut disediakan seperti masakan udang dan ketam bagi penggemar makanan laut dan ikan bakar bagi penggemar masakan bakar.
2 - Klebang Original Coconut Shake
Rugi jika anda ke Melaka tetapi tidak singgah di Klebang Original Coconute Shake. Klebang Coconut Shake sangat popular dengan air coconut shakenya yang mana disertakan dengan aiskrim dan buah kelapa segar. Kebiasaannya, mereka yang datang ke sini akan minum air coconut shake ini bersama dengan Nasi Lemak yang disediakan.
3 - Perhentian Kuih Kampong
Sekiranya anda mencari kuih untuk dimakan di Melaka, Perhentian Kuih Kampong adalah jawapannya. Kedai ini lebih berkonsepkan gerai dimana ianya adalah sebuah kedai kecil yang berada betul-betul di bawah sebatang pokok besar. Walaupun kecil, kedai ini memuatkan pelbagai jenis kuih berserta dengan pelbagai makanan lain termasuklah asam pedas dan nasi ayam.
4 - Mee Bodo
Jangan salah sangka. Mee Bodo ini mendapat jolokan bukan kerana rasanya tidak sedap, tetapi kerana ia hanyalah mee goreng yang 'simple' dek kerana Mee gorengnya hanya dibuat menggunakan mee kuning, taugheh, timun dan juga sambal. Mee ini mempunyai peminatnya tersendiri kerana sambalnya yang sedap.
5 - Cucur Udang Alor Gajah
Terletak di Medan Selera Menggong, gerai ini sering penuh dengan pelanggan terutamanya para penggemar cucur. Apa yang istimewanya cucur ini ialah isinya bukan sahaja udang, tetapi turut dicampur fish cake, sosej, nugget, timun, tauhu dan macam-macam lagi.
Bonus (Cadangan dari Likers Siakapkeli):
Anda boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah hingga exclusif berhampiran lokasi pelancongan & ipt di sekitar Melaka..
BalasPadamsila lawati;
www.AnugerahHomestay.com
*kami bukan agen tetapi adalah pemilik sebenar homestay..
**mutu dan kualiti homestay dijaga rapi sendiri..