Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Akibat Aksi Separuh Bogel, Shana Avril Diarah Jalani Penilaian Mental

29 Mei 2015




KUALA LUMPUR: Shana Avril yang pernah menjadi viral baru-baru ini ekoran aksi separuh bogelnya di Jalan Petaling, perlu menjalani penilaian mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak.

Arahan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Shana sebelum ini didakwa melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling, Dang Wangi pada pukul 2.07 petang 23 April lalu.

Menerusi video yang dirakam oleh orang ramai dan menjadi viral di laman sosial, Shana didapati menanggalkan baju dan mendedahkan bahagian dadanya untuk mengelak membayar makanan dan minuman keras di sebuah restoran di Jalan Petaling.

Beliau merupakan seorang model sambilan dan pernah berlakon dalam drama Ejen 016 selain pernah menyertai Pertandingan Ratu Cantik Dewi Remaja 2005. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "