Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

9 Maut, 18 Cedera Parah Setelah Enam Geng Motor Bertempur

18 Mei 2015
No Comment

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT.  - Satu pertempuran yang berlaku di sebuah restoran di Waco disini semalam telah menyebabkan sembilan terbunuh dan 18 lagi cedera parah.

Pertempuran yang melibatkan enam geng motosikal itu dipercayai bermula dengan satu pergaduhan kecil di bilik air restoran itu kemudian menjadi pergaduhan yang semakin besar apabila ia melibatkan senjata seperti kayu, rantai pisau dan pistol.

Semasa pergaduhan itu berlaku, orang awam dan juga pekerja restoran berkenaan terpaksa menyorok di bilik simpanan beku restoran berkenaan.

Menurut laporan, enam geng yang terlibat dalam pergaduhan itu adalah Cossacks, Bandidos, Scimitars, Los Pirados, Veterans dan Leathernecks.

"Ini adalah keganasan paling teruk pernah belaku di Waco sejak 1993. Kami meminta kerjasama pihak restoran namun mereka berdegil.

"Kakitangan restoran tahu ini akan berlaku dan mereka membenarkannya," kata seorang anggota polis, Sarjan Patrik Swanton memetik laporan dari Sinar Harian.

Menurut laporan, pihak polis sudah meminta agar pihak restora itu tidak membenarkan perjumpaan geng-geng motor itu di restoran tersebut.

Menurut saksi yang berada ditempat kejadian, lebih 30 das tembakan dilepaskan.

"Keadaan di sini seperti medan perang," kata saksi tersebut.

"Terdapat ramai lagi di hospital yang terkena tembakan," kata Michelle Logan, 37. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "