KUALA LUMPUR: Unit Forensik Bukit Aman hari ini menemui 37 jasad, kesemuanya dipercayai daripada etnik Rohingya dan Bangladesh.
Harian Metro melaporkan, kesemua mayat berkenaan ditemui di tapak kubur yang terletak kira-kira 50 meter arah Thailand, iaitu di Bukit Wang Burma, Perlis.
Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mangsa-mangsa dibunuh atau mati akibat kelaparan.
"Kawasan ini menempatkan 37 kubur. Kita kesan melalui bentuk tanah yang diusik ataupun digali. Semua mayat ditanam menghadap arah kiblat.
"Setakat ini forensik sedang menggali satu kubur dan usaha melakuka penggalian akan terus dilakukan sehingga semua mayat itu ditemui. Kita akan sempurnakan mayat itu bagi mereka yang beragama Islam," katanya. -Siakapkeli.my