Sepatutnya Saya Tidak Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri - Tun Mahathir
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat kebelakangan ini lantang mengkritik kepimpian Dato Sri Najib telah menyatakan kekesalannya melepaskan jawatan Perdana Menteri.
Beliau menyatakan demikian kerana sedih melihat keadaan negara yang dikatakannya semakin buruk selepas diambil aleh oleh Perdana Menteri lain.
"Kadang-kadang saya rasa saya patut terus jadi Perdana Menteri,"
Memetik Sinar Harian, beliau berkata walaupun sedar diri sudah tidak layak memegang jawatan tersebut, idea tersebut timbul sesekali apabila melihat keadaan negara yang semakin buruk.
"Kadang-kadang saya terfikirkan hal itu saat saya kecewa melihat banyak perkara yang tidak betul sekarang, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk merubahnya.
“Pada masa itu saya akan terfikir, kalaulah saya masih Perdana Menteri, tentu saya akan buat sesuatu,"katanya dalam program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.
Dalam pada masa yang sama beliua turut mengingatkan rakyat supaya tidak menyokong mana-mana pemimpin yang korup.
“Kuasa menjadikan kita korup. Tetapi kalau kuasa itu tidak terhad..., kita akan jadi lebih korup daripada yang lain. Sebab itu apabila kita mempunyai kuasa, kita perlu selalu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa sedar diri.
“Mak saya selalu berpesan, jangan kita ambil (hak) orang punya. Ini menjadi panduan kepada saya sampai ke hari ini. Kita ambil hak orang lain. Kita fikir orang tidak akan tahu.. Tetapi kita lupa, ALLAH tahu,” katanya sambil di sambut dengan tepukan orang ramai. - Siakapkeli.my