Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Usah Tulis Banyak Sangat Kebaikan Diri Atau Bisness Kita Di Facebook, Orang Meluat'', 10 Tips Kehidupan Untuk Usahawan, Wajib Baca

26 Apr 2018

Pelbagai produk baru di pasaran dengan berbekalkan modal yang cukup, siapa sahaja boleh bergelar seorang usahawan. Namun, untuk dikenali dalam aspek yang positif sehingga berjaya membina 'branding' nama sendiri bukannya mudah.

Pasti kita pernah melihat seorang usahawan yang mempunyai pengaruh besar di media sosial. Apa yang dikongsikannya seringkali membawa manfaat kepada netizen. Tidak hairanlah, mempunyai golongan pengikut yang ramai kerana karisma dan keperibadiannya layak dijadikan contoh.

Perkongsian tips kehidupan sebagai usahawan oleh Norizan Bin Sharif melalui laman facebooknya ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk semua . Bukan sahaja di dalam business, malah boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat.

10 TIPS KEHIDUPAN UNTUK USAHAWAN

1. Belajar untuk berasa seronok apabila lihat kawan-kawan berjaya. Buang sifat dengki dan hasad. Klik "like" banyak-banyak apabila kawan-kawan beritahu kejayaan dia di Facebook.

2. Kalau orang minta pendapat, kita beri. Bercakap mengenai bagaimana nak bergerak ke hadapan, bukan kritik apa yang tak kena dengan bisnes dia.

3. Cakap baik-baik mengenai bisnes orang lain, sama ada di depan atau di belakang. Cakap tak elok akan sampai cepat kepada orang tersebut.

4. Pandang semua pesaing sebagai berpotensi jadi rakan bisnes. Cari jalan untuk bekerjasama. Untuk habiskan masa dan tenaga bersaing. Penat.


5. Kalau sudah ditakdirkan itu rezeki bisnes dia, memang rezeki dia. Usah kacau rezeki bisnes orang. Cari rezeki lain.

6. Sekiranya kita tak mampu naikkan bisnes orang lain, usah turunkan dia. Kalau tak mampu nak tolong, elok duduk di sebelah diam-diam.

7. Apa yang kita tulis di media sosial, akan kekal di hati seseorang selama-lamanya. Berhati-hati dengan tulisan kita, usah sampai terentak hati sahabat-sahabat usahawan yang lain.

8.Usah berlagak jadi pejuang di media sosial. Kalau nak tolong usahawan, tolong sajalah. Kadang-kadang bunyi hebat macam kita boleh tolong, tapi apa pun kita tak tolong. Orang marah. Nama kita jadi buruk.

9. Sekiranya ada orang komen tentang bisnes kita, dengar sajalah. Usah berbalah dengan dia. Dia mungkin betul, dia mungkin salah. Mana yang sesuai, ambil. Mana yang kita rasa tak boleh buat, tak payah.

10. Usah tulis banyak sangat kebaikan diri atau bisnes kita di Facebook. Pong pang, pong pang. Orang meluat. Belajar cara membuat positioning yang betul. Usah tulis sesuatu yang kita sendiri menyampah nak baca.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "