Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kaki Kanak-Kanak Disedut Saluran Buang Air Kolam, Diberi Bantuan Oksigen Mulut Ke Mulut Dalam Air Sebelum Berjaya Diselamatkan

26 Apr 2018

Kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) berjaya merakam detik-detik mencemaskan usaha menyelamatkan kanak-kanak berusia 12 tahun yang terperangkap di dalam air setelah kakinya disedut ke lubang buang air yang terletak dalam sebuah sungai buatan, di Carolina Selatan, Amerika Syarikat.


Apa yang menakjubkan, walaupun terperangkap di dalam air selama 9 minit kerana kakinya disedut, kanak-kanak tersebut terselamat daripada maut hasil usaha seorang lelaki yang memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut sehinggalah ketibaan Pengawai Kecemasan.

Dalam rakaman tersebut, mangsa pada awalnya dilijhat sedang bermain bersama-sama seorang lagi rakannya dalam sebuah sungai buatan di Resort Avista.


Kedua-dua kanak tersebut dirakam sedang bermain-main dengan pintu keselamatan manakala mangsa kelihatan menyelam beberapa kali dipercayai untuk meneroka paip sedutan hinggalah kemudian kakinya tersepit.

Rakannya yang panik cuba membantu bagaimanapun tidak berjaya sebelum meminta pertolongan pengunjung dewasa yang lain untuk membantunya.


Beberap pengunjung di resort itu kemudian cuba membantu menyelamatkan kanak-kanak tersebut manakala seorang lagi cuba memastikan kanak-kanak tersebut tidak lemas dengan memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut.

Pegawai kecemasan yang tiba di lokasi kejadian kemudian berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut dan memberikannya bantuan CPR dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.




Sumber : Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "