Kerana cemburu, seorang lelaki bertindak kejam melanggar bekas isterinya dan teman lelaki barunya.
Kejadian yang berlaku di China itu dilaporkan media tempatan pada dua hari lalu.
Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki berkenaan, Zhang secara tiba-tiba memecut laju melanggar bekas isterinya, Qin dan kekasihnya Min ketika berjalan untuk masuk ke sebuah premis, dipercayai balai polis.
Selepas melanggar kedua-dua mangsa, Zhang kemudiannya mengheret Min dan menendang kekasih bekas isterinya. Bagaimanapun Min didakwa telah mati ketika dirempuh.
Qin pula terselamat dalam kejadian itu meskipun dia juga ditendang oleh Zhang. -Siakapkeli.my