Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Diarah Jalani Pemeriksaan Mental
KUALA LUMPUR: Suspek tampar imam Masjid Negara hari ini diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
Hakim Mahkamah Majistret, Siti Radziah Kamaruddin memerintahkan Shabil Ahmad Khan, 31 selepas mahkamah tidak menerima pengakuan tertuduh yang kelihatan keliru dan seperti tidak memahami pertuduhan yang dibaca oleh jurubahasa.
Menurut laporan Harian Metro, Syabil pada mulanya mengakui kesalahannya yang mendatangkan kecederaan terhadap imam, Zuhairee Mohd Yatim, 39, mengganggu solat Jumaat dan tinggal lebih dari tempoh masa di Malaysia.
Tertuduh bagaimanapun sekadar menunduk kepada dan bercakap dalam suara yang tidak jelas.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Oktober depan. -Siakapkeli.my