Tuntut: Insta ATP Tour Papar David Ferrer Bermain Muzik Gamelan Malaysia 'Diserang' Rakyat Indonesia
Seperti biasa jika tidak berseteru dalam budaya yang sememangnya serumpun tidak sah bagi segelintir rakyat Indonesia apabila terbaru mereka telah menyerang laman Instagram Persatuan Tenis Profesional (ATP).
Ia terjadi apabila laman Instagram ATP itu telah memuatnaik sekeping gambar menunjukkan permain tenis terkenal dunia David Ferrer(8 dunia) dan Grigor Dimitrov(11 dunia) bermain muzik tradisional Gamelan di Kuala Lumpur.
Kepsyen yang di tulis bersama gambar berbunyi "Now playing: @grigordimitrov and David Ferrer try out a #Malaysian musical instrument in #kualalumpur," di mana keterangan mengiringi gambar itu menyatakan muzik berkenaan adalah seni Malaysia.
Kerana status itu, laman Instagram ATP itu diserang dan mereka meminta pihak ATP membetulkan semula penulisan berkenaan dan menulis Gamelan adalah muzik tradisional Indonesia.
Berikut adalah komen-komen yang ditulis mereka:
rikanaftalia@atpworldtour:Pliz change your caption. Gamelan in Indonesian!!!
awanpohan:Come on. Gamelan is Indonesian
junaidi.andre@atpworldtour :must much learn and ask to UNESCO.
gnnrgmlngWrong caption mate!!
alfonsofasya@fand381 its not good bro to say that, every country has its own tradition #jayalahindonesiaku
metal1082: Gamelan is an Indonesian traditional musical instrument invented since the beginning of ancient Javanese culture and have become one of the country's renowned musical instrument along with Angklung. It is indeed misleading to call it "Malaysian", I strongly suggest that you @atpworldtour change or edit the caption at the earliest possible. Thank you.
@jimmy_gou: "Are you stupid????C'mon..use your brain a little pals, Gamelan its from INDONESIA NOT FROM MALAYSIA!!!
@gustafsyachputra: Gamelan is the original music of Indonesia instead of malaysia.
@viionda: "It belongs to indonesia bro".
Namun komen pada gambar itu tidak semuanya menyalahkan Malaysia. Sebahagian daripada mereka melihat isu itu dengan lebih wajar.
@armankay8: Ya ampun, Malaysia Indonesia itu serumpun, justru gak perlu ribut kayak kecopetan maling. Gak heran kalo punya banyak persamaan. Mentelah lagi ATP tournya ada di Malaysia jadi gak ada salah kalo dibilang instrumennya dari Malaysia. Hal sepele dibikin ribut!
_mr.194: Brunei also have this but lil bit different and its called Gulintangan.
Bagaimanpun kalau hendak diikutkan ini bukanlah kali pertama isu-isu seperti ini menimbulkan rasa tidak senang rakyat Indonesia di mana selain isu ini, mereka juga menuntut lagu Rasa Sayange (Rasa Sayang Eh), batik, iklan pembantu rumah, tarian barongan, masakan rendang, angklung dan keris.
Ketika ini ramai atlet tenis dari seluruh dunia sedang berada di Malaysia bagi menyertai ATP Tour Malaysia Open yang sedang berlansung di Stadium Putra Bukit Jalil bermula 26 September hingga 4 Oktober 2015 ini. - Siakapkeli.my